Sunday, 21 October 2012

AKU dan DIA :)

Hai semua. aku bosan sebenarnya ni.. maklumlah..exam semua dah habis.. next week pulak nak BALIK KAMPONG!! Raya Haji kan semua.. So, ni aku nak cerita sikit tentang Dia.. 

Mesti korang tertanya-tanya kan? 'Dia? Sape Dia?' hehe.. sabar.. :) Aku nak cerita la ni.. Dia ni.. Mohamad Firdaus Bin Samad. Aku sayang Dia. haha. So korang dah tau kan pe maksudnya? huhu.. Dia lah pengarang jantung hati aku.. selalu sama-sama ngan aku tak kira susah atau senang tau. Dah dua tahun kami kenal.. Setiap inci tentang Dia aku dah tau..dah faham.. eceh.. cam cerita cinta la pulak.. huhu.. :P (memang pon kan??) Macam mana boleh kenal ek? Ha.. mesti korang nak tau tu kan?? Dah dapat agak dah.. :) hehe.. Meh sini cek nak habaq..

Dulu kitorang study sama dekat Kolej Matrikulasi Selangor.. KMS..kat Banting.. Aku dulu kat KMS ni suka main basketball.. Dia pulak suka main tenis.. nak jadikan cerita.. court kitorang sebelah-sebelah je.. so,terjumpa Dia.. kat court aku! Yes! (x boleh blah:P) Tapi...SUMPAH dulu aku tak suka gila ngan Dia.. dah boleh masok kategori benci+menyampah+tak suka! sebab.. Dia ni cam over sikit +.menyakitkan hati! (sorry ye Dia.. :P) Dalam diam tu.. aku tak tahu pulak yang Dia ni ada sakat-sakat kawan aku.. and aku ingat Dia ni SYOK sangat la ngan kawan aku tu.. lagi aku menyampah! haha..Asyik ajak kawan aku  gi koperasi.. nak belanja lah kononnye.. :D (taktik lama lelaki.:P)




Kolej tersayang :)
Tahap memyampah aku kat Dia tu sampai aku lalu sebelah Dia pun aku tak nak pandang. haha.. Kawan aku cakap muka Dia hensem. Tapi aku? Dengan sampai hati nya aku cakap muka Dia cam l******g.. pandai-pandai la korang teka.. :) Then one day, aku saja la nak usik Dia.. entah kenapa tiba-tiba.. aku pon tak tau..'Ai.. takkan nak belanja A'a je.. belanja aku tak nak?' A'a tu kawan aku..aku tanya Dia.. and then Dia cakap.. 'Boleh.. bagi num fon..nanti bila-bila aku nak belanja aku mesej'.. ha... aku bagi la..pe lagi.. orang nak belanja kan..ngeh3.. :P

Malam tu Dia terus je mesej aku.. 'Sorry,malam ni tak dapat nak belanja.. ada meeting' .. 'itsokay..maen2 je sebenarnya..'..'Yeke..tapi nak belanja jugak.. Sebenarnya..aku nak cakap.. DAH LAMA SEBENARNYA AKU SUKA KAU'.. ha!!! hambik! terkedu aku nak reply! haha... tensi2.. kalau korang? korang jawab apa? haha.. Tapi dengan lemah lembut dan baik hatinya aku cakap ngan Dia yang aku perlukan masa.. :) Dia faham..:)

So..selepas dua bulan kenal.and tau hati budi masing... kami pun berpasangan.. sehingga lah sekarang..:) Aku korek rahsia Dia..Rupanya..dulu Dia usik2 kawan aku tu sebab nak dekat ngan aku..huhu.. tak sangka... orang yang aku benci.ngan orang yang aku cakap muka dia macam l******g, dah jadi orang yang aku sayang sekarang.. Dah DUA TAHUN kami bersama-sama.. :) 




inilah Dia.. :)



          


So, kawan-kawan.. doakan kami kekal selamanya ok.. ada jodoh ada la..:) InsyaAllah ke jinjang pelamin..eeewwaah!! huhu...
           


Kat sini pun aku nasihatkan.. nak benci seseorang tu berpada-pada.. mana tau..rupanya dia yang dijodohkan Allah untuk kita kan..:) Apa-apa pun.. Allah je yang tau rahsia tentang jodoh kita ok..:) nyte2 guys.. xoxo. Spread the loves..:)

No comments:

Post a Comment