Saturday 20 October 2012

Aku Gila 'Be Mine' :D

Hai semua. Hari ni aku nak kongsi satu lagu yang aku tengah suka sangat sekarang ni.. One of my favourite cover artist yang buat, Tasha Mansahar. Bagi aku lagu ni sedap.. tapi kawan-kawan aku tak suka.. maybe aku yang suka lagu-lagu style macam ni kot..Kawan-kawan aku? KOREA,KOREA,KOREA..bosan!  bagi aku,lagu ni simple and menarik telinga aku untuk dengar.. :P huhu. Setiap kali aku on lappy.. mesti aku dengar lagu ni.. SYOK! Ni liriknya..


Be mine-Tasha Mansahar

Bermula di Facebook
You IM I dulu tak tahu malu
I malas nak layan
So I buat taktahu
You terus cuba dan mencuba

Sehingga I jatuh cinta
Gatalnya diri you
Membuat I terjatuh
Bila kita dah start mengada

Kita selalu keluar sama
Borak panjang panjang
Makan dan tengok wayang
Sikit sikit je I merajuk

You selalu sabar pujuk
Tapi sebenarnya
I cuma test you saja

Chorus

Let me tell you that I love you
And I never wanna wrong you
Take my hand baby
Come, go through with me
Let me tell you that I miss you
And I never wanna lose you
You’re my heart baby
My life is incomplete without you

Dalam pada I gembira

Sometimes I feel so sad juga
Cause you dah berpunya
But I always want you to be mine forever
Please be mine forever..

Kredit untuk Tasha Mansahar sebab pandai buat lagu. I'm proud of you girl! :) Korang boleh tengok lagi lagu-lagu cover dia dekat Youtube.. memang sedap suara..:)

Nak dengar lagu ni macam mana? Nah.. Klik kat link ni..

http://www.youtube.com/watch?v=6sA5oTdZyYw






Enjoy the video guys.. xoxo. Spread the loves..:)

Kisah jatuh yang kelakar

Kisah ni aku ambik dari salah satu blog yang aku follow.. sumpah klaka gile.. aku nak bagi korang baca jugak.. haha.


Iphone : Semalam I Jatuh . Sakit Sangat.Habis calar badan I!

Blackberry : Teruk Ke ?

Samsung Galaxy : Lain Kali Hati2 .


Nokia 3310 : Gedik!Aku Jatuh Rilex Jee !











Menarik kan? btol tak? huhu . xoxo. Spread the loves..:)

Friday 19 October 2012

Scha dan Awal Dituduh Mencuri??

Ha.. ni sebenarnya..aku baru je baca-baca gosip-gosip artis yang terkini la.. Tengok tajuk pun dah macam tak percaya kan?? tak kan la artis terkenal nak buat benda-benda macam ni.. Diorang pun tau yang mana baik ngan yang mana tak.. diorang ada reputasi diorang sendiri..tak baik kita nak tuduh-tuduh.. Nak tahu lebih lanjut lagi? Korang gi dekat link ni.. http://www.rileksantai.com/2012/10/scha-kecewa-awal-ashaari-dituduh.html



'Menuduh itu lagi kejam dari membunuh'.. renung-renungkan.. selamat beramal.. :) xoxo. Spread the loves..:)

HARI MALANG

Ok, hari ni dengan hari-hari sebelumnya memang stress sebab minggu ni minggu exam. Macam biasa la student.. bile nak exam je..semua muka stress.. muka tension.. buat kerja semua tak kena.. termasuklah aku ni.. memang muka mintak penampar je aku buat.. :P haha. Then, Isnin lepas, memang hari yang sungguh 'indah' la untuk aku.. macam-macam benda jadi.. memang dah macam hari malang aku kot..huhu. Mana tak nye.. pagi-pagi bukak mata.. tengok-tengok jam handphone aku dah tunjuk pukul 7.15 am.. Kelas pagi pukul 8.. ha.. memang bagus sangat la.. dengan rushing nya aku gi mandi. Then, turun pulak dekat bus stop. Nak tunggu bas la kan.. turun-turun tengok RAMAI GILA student!!! Maklumlah.. kolej aku ni memang terkenal ngan nama kolej yang tak pernah cukup bas.. haha. malang2... terpaksa lah pulak berebut bas ngan mereka2 tu... dugaan seorang student semua tu..(nak sedapkan hati..) . Dari pukul 8 sampai lah pukul 10.. dua kelas dah aku pergi.. memang tak boleh nak fokus langsung.. dalam hati cakap.. "takpe..revise time nak exam nanti sempat.." (korang mesti pernah buat jugak kan?) :P So, start la aku jadi artis dalam kelas.. conteng sana..conteng sini.. kawan2 jadi mangsa aku.. :D








Cantik kan? haha. Memang takde kerja kan semua.. Hmm.. petang pulak pergi masuk lab untuk buat experiment la.. Dengan bersungguh-sungguh la aku buat..  dah macam REAL CHEMIST dah.. tiba-tiba... aku tengok bahan contoh aku dah jadi warna lain dari kawan-kawan aku.. OMG! tak kan salah??? penat nak repeat balik satu experiment tau tak??? ok,memang nak nangis..tapi.. aku go on je la.. maybe salah sikit je,.. tapi at last.. MEMANG SALAH pun cara aku buat experiment!! tension2.. memang nasib aku ditakdir macam tu kot hari tu.. Nak tengok bahan aku? Nah..

aku punya..

kawan punya
Ha... tak sama kan?? TENSION!! biar la.. life must go on.. huhu...aku dah penat nak fikir..malas nak layan.. nasib baik abang demonstator tu baik.. so, aku tak payah la repeat exp. aku tu... LEGA.. :) Pagi tadi dah menconteng..petang pulak,, sempat la pulak nak bergambar.. dalam lab je pon!! Tapi pompuan kan.. kat mana ada kamera, kat situ lah mereka.. ha! perumpamaan yang mantap! bhahaha.. :D



So, after dah selesai semua tu.. jom balek!! haha.. Memang penat hari tu.. balik pun kena berebut bas.. haish.. ok la, apa-apa pun.. kita kena pandai kawal emosi kita dan teruskan je hari kita tu dengan normal ok.. :) xoxo. Spread the loves.. :)

Sunday 14 October 2012

Kahwin campur.. Cantik??


Assalamulaikum dan salam satu Malaysia semua.. huhu.. semangat kenegaraan pulak hari ni.. :P So, hari ni aku nak cakap pasal perkahwinan campur atau dalm bahasa yang lagi senang la kot.. 'mix marriage'.. ha.. topic ni macam interesting je kan.. huhu.. yela.. aku memang suka kalau tahu yang pasangan tu berlainan bangsa..and then kahwin.. bukan apa tau..sebenarnya nak tengok anak-anak yang diorang lahirkan tu cantik-cantik or handsome ke tak.. :P Mana taknye, aku ni dari dulu dengar orang cakap yang anak-anak mix marriage ni cantik-cantik belaka.. betul ke?? Actually kan.. mix marriage ni sangat bagus tau.. banyak benefit yang kita boleh dapat.. OOPS! ni bukan nak cakap yang perkahwinan biasa tu tak bagus...bagus... kedua-dua perkahwinan dapat keredhaan Allah.. tapi.. mix marriage ni bagus sebab..anak-anak yang dilahirkan tu InsyaAllah... sihat mental dan fizikalnya.. lagipun.. kita boleh merapatkan hubungan antara satu kaum atau bangsa tu dengan bangsa yang lain.. kan?? Tapi.. bagi aku.. yang paling penting...anak-anak yang lahir tu akan CANTIK!!! memang suka sangat tengok ...Banyak bukti yang kita boleh tengok..contohnya macam artis-artis kita...diorang pun ada yang berdarah campuran taw! 
Diana Danielle
Campuran melayu dan Amerika Syarikat. 
Sharifah Sofea
Campuran Melayu dan Scottish
Julia Ziegler
Campuran melayu danInggeris
 
Yasmin Hani
Campuran Melayu dan Inggeris 
Faradhiya
Campuran Melayu dan Inggeris 
Aishah Sinclair
Campuran Melayu dan Inggeris 

Maya Karin
Campuran Melayu, Cina ,India,dan Jerman




Cantik-cantik kan diorang semua? So..memang dah terbuktilah apa yang orang cakap tentang anak-anak kacukan ni kan? Actually kat sini saya nak kongsi tentang kecomelan adik sepupu aku yang sangat comel dan cantik hasil kacukan jugak... That's why post tentang mix marriage ni.. :) My young cousin, Nur Aina Tasnim.. baru je masuk setahun umur dia bulan September baru-baru ni... :) Happy birthday sayang.. :)


Budak kecik ni campuran Melayu dan Bangladesh.. so? how? I think she's cute! Macam Shin Can kan?? hehe.Dah besar nanti mesti cantik adik kakak ni..:) Tak sabar nak balik rumah.. nak jumpa Tasnim!! :D Rindu.. Ok la.. apa-apa pun.. kita kena bersyukur dengan kecantikan yang kita ada. Masing-masing ada kecantikan tersendiri.. Cantik ni subjektif tau! Actually kita ni cantik tapi kita je yang tak tahu.. biar orang sekeliling je yang menilainya ok.. :) xoxo. Spread the loves... :)

Elfira Loy ?? NO!!!



Salam semua. Hopefully semua yang sedang baca post ni sihat-sihat semuanya... so, disebabkan tersangat lah bosan malam ni, aku pun terasa pulak nak spent time tulis blog ni... Actually nak cerita pasal minggu lepas...07 Oktober 2012, my cousin langsungkan perkahwinan kat rumah dia.. kat Cyberjaya,Selangor. Tak jauh pun dari UPM.. then aku pergi sana awal sebab nak tolong-tolong apa yang patut. Then I meet my cousins.. ada lagi dua orang sepupu perempuan yang stay sama.. Tapi kitorang ni macam x berapa rapat sangat..biasalah.. family sebelah ayah kebanyakannya korang semua x rapat kan? (maybe..) Nak jadikan cerita, bila dah duduk sana sama2, tiba-tiba kitorang bolehla get along.. So, bila dah rancak borak-borak tak ingat dunia tu, tiba-tiba sepupu aku pun tegur la, 'eh kak, nak tahu sesuatu x?' So,aku cakaplah 'pe dia?'. Then, dia cakap.. 'muka akak macam Elfira Loy lah!!' haha. Actually memang x terperanjat pun sebab itu bukan first time tau orang tegur my face sama ngan dia. Memang tiba-tiba rasa diri ni jadi tumpuan semua orang kat situ. haha. Awkward tiba-tiba. :D Before this pun masa Elfira baru start berlakon cerita Qalisya dekat Astro, makngah, maklang, ngan maksu semua call my mom. haha. Semua suruh aku ngan mak pergi bukak cerita tu la. Then,satu family gelak sebab diorang cakap diorang macam tengok aku yang berlakon dalam cerita tu. Haha, tak tahu nak cakap apa waktu tu.. speechless. Dekat UPM pulak, one of my friend tegur jugak yang muka aku macam sorang artis ni..tapi dia tak ingat nama..lepas tu saya sebut je nama Elfira Loy, terus dia menjerit cakap 'A'ah!!! ' . Tapi kan..sebenarnya... TAK SAMA PON!! aku still tak mengiakan benda ni. huhu. So, depends on you guys nak cakap sama ke tak.. Just scroll down and tengok lah gambar-gambar kat bawah tu...



   
 
So guys, dah tengok kan?? Korang rasa? :) Tak sama kan? kan3??? :) Apa-apa pun.. Just be ourselves...:) Jangan jadi plastik ok.. :) Don't copy other people. Just be who you are. :) xoxo. Spread the loves..:)