Wednesday 24 October 2012

BALEK KAMPONG! :)

Hai semua. Esok aku dah nak balik kampung dah..  Lama dah tak balik rasenye.. Mak pun cakap yang dia dah rindu-rindu kat aku.. huhu.. Mana taknye, anak kesayangan.. maklumlah..aku ni anak perempuan sorang je dalam family.. :) yang lain lelaki.. Aku SULUNG tapi rasa macam aku pulak bongsu dalam family aku nih..  (manja ngade-ngade!) :P Mesti ada yang nak tau kat mana kampung aku kan? Ha... Esok aku nak balik Kuala Selangor! Tempat tinggal aku dari kecik..:) Dibesarkan dekat situ..

Tapi aku hairan tau! Ramai yang tak taw Kuala Selangor ni dekat mana.. (mesti yang baca ni pun x taw kan?? kan3?? ) :P ..hehe.. Takpe..tak marah..lagipun Kuala Selangor ni tak popular mana pun.. Its in Selangor.. Kalau sape-sape balik kampung lalu highway tu memang tak jumpa la pekan Kuala Selangor ni.. Tapi kalau korang lalu jalan biasa.. korang akan jumpa..terutama pada sape-sape yang nak ke Perak tu..mesti akan lalu punya lah!

Kat sini aku nak la kongsi ngan korang pe la yang ade kat kampung aku ni kan.. Nak kata shopping mall besar-besar tu memang takde la. Kitorang orang Kuala Selangor ni hidup bersederhana je.. yang penting.. AMAN DAMAI. :)

1. Bagan Pasir

Ha... korang mesti pelik..pasir pe plak ni?? Tak.. kat bagan ni la tempat ikan-ikan... sumber-sumber laut segar kita boleh dapat tau.. Korang tau x ikan-ikan yang korang beli kat pasar kat bandar ni, datang dari pembekal dari kampung aku taw! (agaknye la..:P) huhu.. Kat sini ramai nelayan Cina yang tangkap ikan,udang,sotong..memang FRESH! Sumpah best! Aku kalau kat kampung, hari-hari makan ikan FRESH!! huhu.. best sangat! :D 

Ada jugak restoran seafood yang terkenal kat bagan ni.. Pernah gak masuk rancangan JALAN-JALAN CARI MAKAN tu... ha... sedap...! Semua seafood! SEGAR! So, sape yang minat sangat makan seafood ni.. DATANG SINI! x rugi punya.. :) hehe...


Bagan.. :)

Sedap..:)

Fresh2 semuanya..:)
Restoran seafood..:)



2. Bukit Melawati

Kat sini pulak.. dijadikan tempat pelancongan la untuk orang-orang luar atau foreigner yang sukakan suasana tenang.. Nak naik bukit ni guna kereta, hari-hari biasa je.. kalau sabtu and ahad, korang kena naik TREM tau..ala..cam kereta api bergerak tu.. x mahal pun tiket dia.. Kat atas ni, pemandangan dia cantik sangat tau. Kita boleh nampak LAUT CINA SELATAN yang luas... memang tenang.. tengok ANAK BULAN pun buat kat atas ni.. Ada macam-macam lagi la.. MUZIUM pasal sejarah Kuala Selangor ada kat atas ni.. Yang paling popular kat bukit ni, ada MONYET a.k.a LOTONG yang banyak...! Korang boleh bagi makan la kat diorang ni.. memang menarik.. kat sini je boleh jumpa sedara-sedare korang yang korang lame dah tak jumpe tu..huhu! :P

Kalau nak taw lagi lanjut pasal Bukit Melawati ni.. korang klik la SINI


Cik lotong..:)

Meriam 100 tahun..:)

Rumah api..:)



Kat atas Bukit Melawati..:)

Trem..:)


3. Kelip-Kelip

Ni yang paling FAMOUS kat kampung aku! Kelip-kelip...! Korang boleh datang sini.. beli tiket.. and, korang akan dibawa menyusuri sungai tu untuk tengok kelip-kelip ni.. banyak...! Sangat CANTIK!! Untuk pengetahuan korang, ada berapa je negara yang ada kelip-kelip menbiak dengan banyak taw! Malaysia salah satu sebab kehadiran kelip-kelip ni kat kampung aku! HA..menarik kan?? Korang akan naik bot tu malam-malam la untuk tengok.. Jangan risau.. xde pape la.. Aku ok sampai sekarang.. :) Korang akan experience benda yang best sangat kat sini...:) Baru la korang taw nanti betapa indahnya ciptaan Allah kat dunia ni..! :)


Naik bot..:)

Jangan takot..:)

Indah sangat..:)


So korang, yang 3 tu je la aku bagi dulu ek.. banyak lagi sebenarnya.. So,,,just aku nak cakap kat sini yang aku berbangga dibesarkan kat sini and korang pon kene bangga ngan kampong korang taw! Banyak yang kita x tau sebenarnya tentang kelebihan kampung kita sendiri.. pape pon.. ingatla asal kita slalu and jangan lupa diri k.. :) JOM MELAWAT KUALA SELANGOR! (promote sikit:P) xoxo. Spread the loves..:)

NAK AIR!!! :'(

Hai semua. Bangun-bangun pagi tadi aku bukak la pintu bilik nak gi mandi.. Tiba-tiba jiran depan bilik aku pun keluar bilik dia.. Time tu 6.15 pagi.. 

Jiran   : Kat toilet tak ada air tau!

Aku   : Ha?? Seriously??? 

Berlari aku gi toilet check air kat sinki and shower.. Isk3.. Hanya Tuhan taw prasaan aku tadi..!! geram+cuak+riasau.. ha.. GELABAH yang paling penting! haha.. Aku dah la duduk tingkat 5.. sanggup la gi turun carik air kat tingkat-tingkat bawah.. UNTUNGNYE.. aras bawah sekali ada air! ALHAMDULILLAH.. tapi... tiba-tiba terfikir.. nape lah kolej aku tak nak sediakan lif atau eskelator kat blok ni?? haha.. 

Tapi tak pikir dah semua tu.. yang penting..aku dapat mandi gi kelas nanti.. :D Dah habis mandi pun aku siap-siap la nak gi kuliah.. Nak makan roti..TAPI.. AIR BOTOL aku dah habis.. HUuuWAA!! :'( Kalaw tercekik roti ti cane?? Nak minum air ape?? Watercooler pon tak keluar air setitik ni..


Sedapnya dia minum.. :(


Dengan perut yang tengah berdisko tu.. aku pon gi kelas... stop kat gerai jual coklat,aku beli air.. :) LEGA... huhu... Sekarang ni aku pun ngah menunggu AIR datang semula ke blok aku.. Aku RINDUKAN air... :'( Baru sekejap berpisah, aku dah terasa kehilanganmu AIR... :(

I miss u.. :(


So,aku nak sampaikan kat sini yang betapa pentingnya air tau! Aku sanggup tak ada elektrik seminngu daripada takde air sehari pon! :D Pape pon.. hargai air k.. xoxo.. Spread the loves.. :)


Tuesday 23 October 2012

TANDA LELAKI CURANG :)

Hai semua. Ngah aku duduk-duduk on9 petang ni tiba-tiba roommate aku bercerita pasal kawan dia ni.. Bulan 1 ni dah nak kahwin tapi macam-macam dugaan yang ditempuhnya.. memang sedih bila dengar cerita dia.. Mana tak sedih kalau ikatan pertunangan yang nak diakhiri dengan perkahwinan tu diganggu orang ketiga! Lagi 2 bulan je nak naik pelamin!! Pe la nak jadi ngan lelaki sekarang ni.. Pantang nampak perempuan cantik lebih dari tunang sendiri..dah ada niat nak pasang lain.. Memang susah nak jumpa lelaki yang betol-betol setia ni kan?? 

So, kawan-kawan perempuan yang tengah baca post aku ni, ambik lah langkah berjaga-jaga ok.. Jangan biar 'nasi dah jadi bubur', barulah nak meratap+menangis..keluar air mata darah nanti pun dah tak guna.. 
Ni aku bagi TIPS macam mana nak tahu yang pakwe korang tu dah berubah hati kat korang..






1. Asyik resah melihat jam tangan apabila bersama anda.

Lazimnya anda dan si dia menghabiskan waktu yang lama bersama. Tetapi sejak kebelakangan ini, si dia asyik resah apabila bersama anda dan sesekali menjeling jam tangan seolah-olah ada hal lain yang lebih penting. Si dia juga sering mengejar masa sehingga anda sanggup ditinggalkan berseorangan kerana kononnya ‘ada masalah sedikit’.

Jika situasi ini sering berlaku, anda patut berhati-hati kerana mungkin si dia berjumpa dengan kekasih lain dan anda hanya dijadikan ‘kekasih gelap’ atau sekadar di pinggiran.

2. Tiba-tiba saja mengadu sakit ketika bertemu janji dengan anda.

Asyik bertemu janji dan berseronok, tiba-tiba saja si dia mengadu sakit dan ingin pulang awal ke rumah. Ada-ada saja sakitnya, sakit perut, pening, lenguh kaki atau rasa hendak demam serta pelbagai alasan sakit sedangkan sebelum ini anda melihat dia sihat dan tidak menunjukkan sebarang tanda untuk jatuh sakit. Apabila anda menawarkan diri untuk menghantarnya ke klinik atau pulang ke rumah, dia menolak bersungguh-sungguh dan ingin pulang sendirian.Kemungkinan dia tidak sakit tetapi mencari alasan untuk melarikan diri daripada anda.

3. Kerap menolak pelawaan anda untuk keluar bersama.

Jika dulu, si dia ceria apabila anda mengajaknya keluar sama ada menonton wayang, makan atau sekadar bersiar-siar, tetapi kini dia sering menolak dengan 1,000 alasan.Jika si dia keluar pun setelah puas dipujuk dan dirayu. Situasi ini mungkin disebabkan si dia sudah bosan dengan anda dan ingin meninggalkan anda.

4. Menjadi panas baran dan sering mencari kesilapan anda

Si dia berubah sikap daripada seorang penyayang menjadi pemarah. Kesilapan anda yang paling kecil pun seolah-olah besar baginya dan anda sering dimarahi walaupun di depan orang ramai.Walaupun anda cuba sedaya-upaya mengelak melakukan kesilapan, si dia tetap cuba mencari kesilapan anda. Paling teruk jika si dia sudah tidak segan-silu menengking atau memaki hamun anda disebabkan perkara kecil ataupun kesilapan yang tidak disengajakan.

Jika situasi ini berlaku, lebih baik anda meninggalkannya kerana sudah jelas dia sudah tidak lagi menghargai anda sebagai kekasihnya.Mungkin si dia sedang mencari jalan untuk mewujudkan kebencian anda terhadapnya dan berharap anda akan meninggalkannya. Tidak guna merayu lagi kerana layanan buruknya hanya menyebabkan anda menderita.

5. Sudah tabiat pasangan bercinta, suka membelek-belek telefon bimbit pasangannya tetapi si dia tidak membenarkan anda memegang apatah lagi membelek telefonnya.

Jika si dia jujur dan ikhlas dengan anda, sudah pasti dia membenarkan anda melihat kandungan memori telefon bimbitnya sama ada sistem pesanan ringkas, nama pemanggil mahupun simpanan nombor telefonnya.Dia tidak akan berasa takut atau bimbang kerana kejujurannya pada anda. Namun, sekiranya dia berkeras tidak mahu anda membelek telefon bimbitnya, anda patut berasa curiga.Pada awal percintaan, si dia asyik menelefon anda sehingga berkali-kali dalam satu hari. Sentiasa mengambil berat dan menelefon walau untuk bertanya sudah makan atau belum.

Jika suatu hari tidak mendengar suara anda, pasti si dia resah. Tetapi sekarang dia tidak lagi rajin menelefon dan ada kalanya tidak menelefon anda langsung.Anda pula yang terpaksa menelefonnya dan kelihatan terdesak! Apabila ditanya ada saja alasannya dan paling popular ialah sibuk.

6. Tidak lagi rajin menelefon anda

Situasi ini menunjukkan dia tidak lagi berminat dengan anda dan mungkin hanya akan kembali menelefon anda apabila ada kepentingan lain.





So, kawan-kawan ku.. take note ok..:) Apa-apa pun.. kalau kita rasa was-was dengan pilihan kita tu..kita berserah pada Allah.. minta petunjuk dari-Nya melalui ISTIKHARAH.. InsyaAllah.. kita dapat yang terbaik dari-Nya k.. :) xoxo. Spread the loves.. :)

Monday 22 October 2012

SINISTER :)

Hai semua. Jumaat yang lepas aku dan Dia keluar lah pergi Mines.. nak tengok wayang la sebab dah habis exam kan.. Then, tiket dah booked awal-awal sebenarnya.. yela.. takot seat penuh pulak nanti.. kitorang pilih cerita SINISTER untuk ditontoni.. uuu...cite pe tu?? CERITA SERAM ... dengar tajuk pun macam scary je kan? Tapi kitorang ni tak tau pon cerita tu macam mana.. maen rembat je cerita pe yang ade.. haha.. Untuk korang aku bagi sinopsis cerita ni... 


Filem ini menceritakan tentang seorang penulis novel specialist cerita jenayah bernama Ellison (Ethan Hawke) yang sedang berusaha untuk mencari idea baru untuk novel selanjutnya.


Dia dan keluarganya kemudian berpindah ke sebuah rumah yang dulunya pernah ditempati oleh sebuah keluarga yang tewas dalam peristiwa pembunuhan tragis. Ellison kemudian menemukan sebuah kotak yang berisi beberapa rekaman video keluarga yang mati dibunuh tersebut.

Ellison mulai menyelidiki misteri dibalik rumah tersebut lewat video yang ditemukannya yang ternyata semuanya behubungan dengan kejadian supernatural yang dikenal sebagai "baghul". Baghul kemudian muncul di setiap foto dirinya yang ternyata juga berimbas pada keselamatan keluarganya.





Aku pun syorkan korang tengok cerita ni.. BEST tau. Tapi bagi orang yang ada sakit jantung dan ibu mengandung.. SERIOUSLY dinasihatkan jangan tengok cerita ni ok.. banyak sangat scenes yang mendebarkan and menggetarkan jiwa. haha. Aku sampai terjerit-jerit ketakutan..ha.. (macam panggung tu aku punya.) :P

Ok la, apa-apa pun, selamat menonton semua! xoxo. Spread the loves.. :)

Sunday 21 October 2012

AKU dan DIA :)

Hai semua. aku bosan sebenarnya ni.. maklumlah..exam semua dah habis.. next week pulak nak BALIK KAMPONG!! Raya Haji kan semua.. So, ni aku nak cerita sikit tentang Dia.. 

Mesti korang tertanya-tanya kan? 'Dia? Sape Dia?' hehe.. sabar.. :) Aku nak cerita la ni.. Dia ni.. Mohamad Firdaus Bin Samad. Aku sayang Dia. haha. So korang dah tau kan pe maksudnya? huhu.. Dia lah pengarang jantung hati aku.. selalu sama-sama ngan aku tak kira susah atau senang tau. Dah dua tahun kami kenal.. Setiap inci tentang Dia aku dah tau..dah faham.. eceh.. cam cerita cinta la pulak.. huhu.. :P (memang pon kan??) Macam mana boleh kenal ek? Ha.. mesti korang nak tau tu kan?? Dah dapat agak dah.. :) hehe.. Meh sini cek nak habaq..

Dulu kitorang study sama dekat Kolej Matrikulasi Selangor.. KMS..kat Banting.. Aku dulu kat KMS ni suka main basketball.. Dia pulak suka main tenis.. nak jadikan cerita.. court kitorang sebelah-sebelah je.. so,terjumpa Dia.. kat court aku! Yes! (x boleh blah:P) Tapi...SUMPAH dulu aku tak suka gila ngan Dia.. dah boleh masok kategori benci+menyampah+tak suka! sebab.. Dia ni cam over sikit +.menyakitkan hati! (sorry ye Dia.. :P) Dalam diam tu.. aku tak tahu pulak yang Dia ni ada sakat-sakat kawan aku.. and aku ingat Dia ni SYOK sangat la ngan kawan aku tu.. lagi aku menyampah! haha..Asyik ajak kawan aku  gi koperasi.. nak belanja lah kononnye.. :D (taktik lama lelaki.:P)




Kolej tersayang :)
Tahap memyampah aku kat Dia tu sampai aku lalu sebelah Dia pun aku tak nak pandang. haha.. Kawan aku cakap muka Dia hensem. Tapi aku? Dengan sampai hati nya aku cakap muka Dia cam l******g.. pandai-pandai la korang teka.. :) Then one day, aku saja la nak usik Dia.. entah kenapa tiba-tiba.. aku pon tak tau..'Ai.. takkan nak belanja A'a je.. belanja aku tak nak?' A'a tu kawan aku..aku tanya Dia.. and then Dia cakap.. 'Boleh.. bagi num fon..nanti bila-bila aku nak belanja aku mesej'.. ha... aku bagi la..pe lagi.. orang nak belanja kan..ngeh3.. :P

Malam tu Dia terus je mesej aku.. 'Sorry,malam ni tak dapat nak belanja.. ada meeting' .. 'itsokay..maen2 je sebenarnya..'..'Yeke..tapi nak belanja jugak.. Sebenarnya..aku nak cakap.. DAH LAMA SEBENARNYA AKU SUKA KAU'.. ha!!! hambik! terkedu aku nak reply! haha... tensi2.. kalau korang? korang jawab apa? haha.. Tapi dengan lemah lembut dan baik hatinya aku cakap ngan Dia yang aku perlukan masa.. :) Dia faham..:)

So..selepas dua bulan kenal.and tau hati budi masing... kami pun berpasangan.. sehingga lah sekarang..:) Aku korek rahsia Dia..Rupanya..dulu Dia usik2 kawan aku tu sebab nak dekat ngan aku..huhu.. tak sangka... orang yang aku benci.ngan orang yang aku cakap muka dia macam l******g, dah jadi orang yang aku sayang sekarang.. Dah DUA TAHUN kami bersama-sama.. :) 




inilah Dia.. :)



          


So, kawan-kawan.. doakan kami kekal selamanya ok.. ada jodoh ada la..:) InsyaAllah ke jinjang pelamin..eeewwaah!! huhu...
           


Kat sini pun aku nasihatkan.. nak benci seseorang tu berpada-pada.. mana tau..rupanya dia yang dijodohkan Allah untuk kita kan..:) Apa-apa pun.. Allah je yang tau rahsia tentang jodoh kita ok..:) nyte2 guys.. xoxo. Spread the loves..:)